Tuesday, November 18, 2008

Dx'er Never End

Jom pakat ramai-ramai geng ham join web DX malaysia ni....rasanya yang pertama kot(klik kat gambar). Web ni baru dibuka rasanya oleh Pak Din kita 9W2DI (rakan lama ni......dulu kerap ber QSO dengan dia gak di 2m). Sekarang kat 10m lak..... x tahu lah bila boleh ber QSO di lower band lah....apa pun morse dulu!!!! Fening-fening menghafal morse x boleh-boleh lagi (otak lembab sikit nak wat camner!!!!), dah lah sibuk dengan tugasan....

Saturday, November 15, 2008

Fasa Bulan

Aku ni kerap gak dok tengok bulan ngan teropong....ner tahu ada ufo ker allien ker....hehe. Memang minat aku sains angkasa nak wat camner. Dari kapal terbang hingga lah ke Black Hole. Cuba-cuba searching tetiba dapat lah web interaktif ni. Klik kat gambar untuk ke laman web tersebut.
Baru tahu camner fasa-fasa bulan dan mengapa bentuk permukaan bulan dok macam tu jerr, x ubah dari mula muncul sampai tenggelam.

Tuesday, November 11, 2008

Majalah CQ Pulak dahhh....


Sejarah majalah ni di Malaysia sama gak dengan nasib QST.......lepas rindu lagi, sekian lama CQ menghilang. Sampai pagi tadi. Tapi nasib majalah 73 Amateur Radio Today dah dikafankan....sedihnyerrrr, 73 sungguh lahh. Kalau ada memang nak beli wat koleksi...tapi apa leh wat....huhhuuu. Ni sejarah dia: http://www.arrl.org/news/stories/2003/10/10/6/?nc=1

Maiii Jauh niiii....

Muka Depan

Rig Antik Tu ......Wat Koleksi

Muka Belakang...Bila ler leh beli ni!!!!

Thursday, November 6, 2008

Majalah QST Telah Sampai!!!!

Sampai di QTH pada 04 Nov. 2008


Tukar ke RM berapa yer...hehe
Setelah sekian lama tidak menatap QST ni, akhirnya terubat juga. Ingat lagi pada tahun 1997~2000 majalah QST ni dapat dibeli di Malaysia (Popular Book Store Komtar). Selepas tahun 2000 rasanya dah x kelihatan majalah ini. Hentah mengapa....mungkin kot sebab x ramai orang yang beli, maklumlah x ramai warga ham pada masa itu. Pada sesiapa yang nak pinjam.....rasanya aku x bagilah yang ori ni (dah terkena beb....pinjam terus jadi harta pusaka dia - sorry panas sikit!!!) nak jugak....biar aku yang photostat. Kalau nak yang ori sila beli di http://www.arrl.org/

QST Nov.2008



Yang paling best dapat membership card
P/S: Hmmm...bila lahhh club-club kat Malaysia boleh keluarkan majalah bulanan camni......