Monday, December 22, 2008

Ham Info Bar

Sama macam info bar yahoo atau google tapi lebih kepada keutamaan bagi ham radio serta SWL. Untuk keterangan lanjut boleh layari web: http://www.haminfobar.co.uk/

Sunday, December 21, 2008

Majalah 3 -Ham Radio

Bagi rakan-rakan yang tidak sempat mengikuti Majalah 3 pada 20.Dis. 08, untuk penerangan ringkas berkenaan ham radio di Malaysia dan sedikit info ARRD 08.

Tuesday, November 18, 2008

Dx'er Never End

Jom pakat ramai-ramai geng ham join web DX malaysia ni....rasanya yang pertama kot(klik kat gambar). Web ni baru dibuka rasanya oleh Pak Din kita 9W2DI (rakan lama ni......dulu kerap ber QSO dengan dia gak di 2m). Sekarang kat 10m lak..... x tahu lah bila boleh ber QSO di lower band lah....apa pun morse dulu!!!! Fening-fening menghafal morse x boleh-boleh lagi (otak lembab sikit nak wat camner!!!!), dah lah sibuk dengan tugasan....

Saturday, November 15, 2008

Fasa Bulan

Aku ni kerap gak dok tengok bulan ngan teropong....ner tahu ada ufo ker allien ker....hehe. Memang minat aku sains angkasa nak wat camner. Dari kapal terbang hingga lah ke Black Hole. Cuba-cuba searching tetiba dapat lah web interaktif ni. Klik kat gambar untuk ke laman web tersebut.
Baru tahu camner fasa-fasa bulan dan mengapa bentuk permukaan bulan dok macam tu jerr, x ubah dari mula muncul sampai tenggelam.

Tuesday, November 11, 2008

Majalah CQ Pulak dahhh....


Sejarah majalah ni di Malaysia sama gak dengan nasib QST.......lepas rindu lagi, sekian lama CQ menghilang. Sampai pagi tadi. Tapi nasib majalah 73 Amateur Radio Today dah dikafankan....sedihnyerrrr, 73 sungguh lahh. Kalau ada memang nak beli wat koleksi...tapi apa leh wat....huhhuuu. Ni sejarah dia: http://www.arrl.org/news/stories/2003/10/10/6/?nc=1

Maiii Jauh niiii....

Muka Depan

Rig Antik Tu ......Wat Koleksi

Muka Belakang...Bila ler leh beli ni!!!!

Thursday, November 6, 2008

Majalah QST Telah Sampai!!!!

Sampai di QTH pada 04 Nov. 2008


Tukar ke RM berapa yer...hehe
Setelah sekian lama tidak menatap QST ni, akhirnya terubat juga. Ingat lagi pada tahun 1997~2000 majalah QST ni dapat dibeli di Malaysia (Popular Book Store Komtar). Selepas tahun 2000 rasanya dah x kelihatan majalah ini. Hentah mengapa....mungkin kot sebab x ramai orang yang beli, maklumlah x ramai warga ham pada masa itu. Pada sesiapa yang nak pinjam.....rasanya aku x bagilah yang ori ni (dah terkena beb....pinjam terus jadi harta pusaka dia - sorry panas sikit!!!) nak jugak....biar aku yang photostat. Kalau nak yang ori sila beli di http://www.arrl.org/

QST Nov.2008



Yang paling best dapat membership card
P/S: Hmmm...bila lahhh club-club kat Malaysia boleh keluarkan majalah bulanan camni......

Sunday, October 26, 2008

Radio FM ke Airband


Radio FM/AM Pasar Malam
Bulan puasa lepas aku saja cuba-cuba tukar band FM ke Airband ... tututuu menjadi gak ... rasa seronok x kira lah walaupun audio sedikit distortion berbanding dengan radio FM lama tanpa IC (bunyi audio cukup clear...59).Tapi saiz agak besar, beza ngan radio dari pasar malam ni (tak sampai RM 10...kira berbaloi lah).

Bahagian RF dan Oscillator yang telah di robek-robek

L- Kalau dekat dengan airport atau aircraft untuk kurangkan distortion
H- Jauh dari airport kira DX lah juga tuu
Cap bahagian L dan H

Tukar nilai C dan L

Radio lama yang kat opis nak buang....aku tukar ke Airband

Radio ni guna transistor...tapi audio mantap

Kalau x der kerja sangat aku 'on' jer radio ni hilang boring cikit

Saturday, September 27, 2008

Salam Aidilfitri 1429H

Ku pohon kemaafan jika ada terkasar bahasa serta menyentuh hati para pembaca dalam blog ini.
For all the wrong I may have done, for all the bad I may have said... a humble apology seeking forgiveness is never too late.....


Get Hari Raya Graphics Here

Friday, September 12, 2008

Kita Bila Lagi

Dah lama tak buka web Orari....tetiba terbaca artikel ni:


Rasa menarik, Indonesia dalam perancangan tapi camner ngan negara kita ni. Rasa-rasa banyak pulau kecil kita yg. tak berpenghuni lagi.Bukan apa takut saiz Malaysia makin kecil.

Pulau Terlepas, Batu Terhempap

Takut terlepas pulak, Pulau Pisang lak

Tuesday, September 2, 2008

Salam Ramadhan 1429

Kepada semua umat Islam yang melayari blog ini, di ucapkan Selamat Berpuasa...Kalau ke pasar Ramadhan tuu ingat2 sama setakat mana perut boleh terima...kang membazir lak tuuu...

Thursday, August 14, 2008

Hissss.....Permatang Pauh!!!

Aku ni bukan suka berpolitik sangat....sekadar ambil tahu gitu-gitu jer.... tetapi kalau benda dah tak kena dan nampak dengan mata sendiri, tak boleh nak luahkan kerrrr!!! Nak bagi tahu orang atasan?.... Silap-silap aku kena buang kerja lak.... Nak simpan dlm hati?.... sampai bila. Apa pun Yes Boss!...Orait Bosss!...Ok Bosssss!


Tak tahulah apa nak jadi dengan kerja aku ni.... jenuh menjawab kat akhirat nanti ooooiiii.... apa leh wat, cari makan ngan sektor pemerintah sedia ada.... terpaksa ikut lah arahan atasan. Peruntukan bagi anak bangsa ku hampir setengahnya habis diguna untuk menjayakan proses undi disana. "Adakah ini salah guna kuasa?"
  1. Dalam benak ini tertanya-tanya tidak cukupkah jentra yang ada disana untuk melabur untuk meraih kemenangan?
  2. Bagaimana aku nak menggunakan peruntukan yang tinggal tak seberapa untuk membeli bahan-bahan latihan yang sekarang ini harganya telah mahal....?

  3. Cukupkah ilmu anak watan ku apabila telah tamat pengajian?
  4. Setiap kali ada jer undian di kawasan yang berdekatan mesti jadi begini....sampai bila?

  5. Kerahan angota-angota sudah semestinya tak kiralah time pejabat ker tak...kedatangan adalah wajib...jika tak...surat tunjuk sebab disertakan.....tak cukup ker orang ramai di kawasan tersebut untuk meraikan kedatangan VIP atau VVIP?

  6. Bagaimana aku nak menjawab didepan Allah nanti? Walaupun arahan dari atas...tapi yang melaksanakan siapa?

Buntu-buntu fikiran ku.....dengan penguasa yang ada sekarang....maafkan aku para pembaca blog....aku bukan berniat nak memburukan mana-mana parti...sekadar yang aku nampak jer dan orang lain tak nampak.....so fikir-fikirkanlah dan fahamilah yeppp!!!!

Tuesday, July 29, 2008

My QSL card

This My QSL card....any DX station, I will send it. So try find me and make QSO if you want my QSL card. I dont prefer eQSL...73's


Monday, July 7, 2008

Outstation At Little England

QRL.... with outstation job around June till Dis every years. Maybe I seldom update this blog guys /friend

Pameran Radio Amatur Di Politeknik Kulim 22/23 Mei 2008

Baru upload pic dari cam....sorry lambat...

Thursday, June 12, 2008

Fly Me!!!! ....in memories 1997


At Perlis Flying Field with Captain Roy.... standby for flying... so nervous before take-off

Runway view... not so long... only for light aircraft

My First Shack at 1998



Not so nice my 1st ham station...hehee

Thursday, May 29, 2008

My Hometown Homebrew Antenna

All antenna I built 12 years ago:

7 elements 2m (Can QSO with my friends at Perlis about 200km from my QTH)


Call it ASTRA Ant. with 3 radial (omni)


This my 27Mhz ant. (My first QSO before I get AA)

2m Slim Jim (After get AA this ant. QSO with great performence)

Tuesday, May 6, 2008

Boleh Ker???

Apa yang boleh... bukan apa just nak muntahkan perasaan atau mungkin gak aku yang salah (nak kena tanya otai-otai radio gak ni). Selama ni dalam kekeliruan gak lah berkenaan dengan SWL. Sekarang dah tukar ke SWAL. Yang menjadi tanya tanya ialah:

1. Adakah sebagai SWAL boleh memancar (transmit) radio?
Masa dulu sebelum RAE pass, radio dah ada pun takut nak memancar dalam amateur band sangup jadi lanun luar dari amateur band sebab nak transmit gak. Sekarang ni lain lak cerita sampai sendiri nak QSO pun naik takut dijawab oleh SWAL ni. Senang-senang pakai callsign yang x iktiraf oleh MCMC (callsing haram lerr) dah tu sebut sufix jer. Silap-silap MCMC dok monitor terus lesen kena tarik n bayar denda....x sangup aku....biar monitor jer lahh kat band VHF dan QSO kat 10m lagi best sebab x der sangat suara-suara SWAL ni....tapi x tahulah tahun-tahun ke depan ni. Nasib malang sunguh band amateur ni.... Jadi malu bila eyeball dengan bangsa lain bertanyakan hal ini....Apa nak jawab?

2. Kelab-kelab radio membenarkan SWAL boleh QSO?
Ada ker mana-mana kelab radio membenarkan SWAL memancar....Setahu saya x derlah. Tapi tak tahulah ada kelab yang meluluskan dimana telah membuat permohonan MCMC.

3. Tak takut ker SWAL ni?
Pandai makan pandai simpan... jangan sampai ham lain mengadu hal kat MCMC dah lah.

4. Boleh ker yang berlesen melalut lebih-lebih sampai perkara yang x enak didengar?
Rasanya apa pun atas sikap seorang ham tersebut... kerap gak dalam simplex ni... last-last skip jer frekuensi ni dan monitor V... .... lain...habis citer. Rasa x sedap didengar sebab terlalu lama melalut x tentu hala sampai dalam kain...kalau x lama x per la jugak (tahan telinga).


Kesimpulan:

  • Selamatkan band ham sebelum terlambat.

  • Harap kelab radio atau yang lebih otai perjelaskan apa itu SWAL dengan terperinci kepada bakal ham radio.

  • Jaga adab tatasusila semasa QSO. Tunggu sampai lulus RAE cakaplah!!!


Sebarang komen dialu-alukan samada yang negatif atau pun positif untuk sama-sama kita fikirkan. Yang baik diambil yang buruk kita buangkan.

Thursday, April 24, 2008

Hanya monitor 10m

Adehhhh....rig dah ada... nak QSO ngan rakan lak power x cukup...biasa lahhh...member2 kat area SP dan sekitarnya. Problem dia power suppy lahhh hanya 6A jerr....mana cukup nak tekan 50W. Nak pakai power supply yang homebrew dari PC cam x yakin jerr....silap2 rig ko lakk. Setakat 20W boleh lahh...dlm mode usb....sebab tu kot cuba contact tak ada yg menjawab.

DC PS yg 30A kerrr 40A...bepa hentah lahhh dah lupa ada kat kampung (dah lama x on PS ni kira2 dekat 10thn gak). Tak tahu lah masih boleh beroperasi kerrr tak, nak kena ambil lahhh bawak mai penang.

Naik geram ada...iri hati ada... tension ada... sebab x leh QSO 10m niii...monitor....monitor... dan monitor jer buat masa sekarang ni.....sabar....sabar....sabarrrrrrr!!!

Monday, April 7, 2008

My Radio to Monitor 10m Band and HF


This radio I buy before taked my RAE (National RF-B65).... almost 12 years olds but still work well. Now never see at all electronic shop.

Saturday, April 5, 2008

My PSU from PC Homebrew


Today no job to do at saltmine...so I try to modify power supply from pc to used with my mobile rig. So far that no problem with this PSU.

Monday, March 31, 2008

Time For 10m Band


After monitoring for while on silent mode at 2m, now it’s time for wake up call at 10m band. For what?
It is because sun sport will be open at slow movement for 28MHz. Since I don’t have HF rig, I need to wait almost 2 weeks for that radio. For time being, I will be homebrew a delta loop antenna but still not sure a swr 1:1 can be used until I get IC 7000 to do it. I quite anxious to transmitt my voice on air. So try to catch me at 10m band by searching for dx station and trade QSL card.
CQ CQ CQ DX DE 9W2… …

Wednesday, March 12, 2008

Lega Lepas PRU12

Baru habis bercuti kat kg al-maklum ler balik nak mengundi. Apa pun parti yang dapat memerintah dapat melaksanakan tanggunjawab sebagai pemerintah yang dapat menyelesaikan hal-hal rakyat. Itu yang amat diharap-harapkan.

Haha...sejak sekian lama parti yang 'satu' tu memerintah negeriku...akhirnya parti yang dapat menawan hati rakyat telah pun mengambil alih, dah tu termasuk negeri yang aku berkerja sekarang!!!

Wednesday, March 5, 2008

Cuba-cuba buat Blog Sendiri

Aku ni jenis suka try and error jer...x tahu boleh hidup ker tak blog ni. Dah dekat 2jam dah tengok-tengok blog yg lain. Mata pun dah naik ngantok-ngantok dah. Sambung esok lak ler nak create blog ni...itu pun kalau ada masa. Faham-faham jer lah dekat pilihanraya ni...so bz gak ni...