Tuesday, May 18, 2010

Yahooo...Radio Dah Berbunyi!!!!

Ada kot dekat 1 thn dah radio ni dok meragam jer...pickup signal dia weak jer walaupun flight atas kepala jer....tambah yg jauh-jauh langsung x dengar....belek punya belek ingat section RF problem... upanya bahagian IF dia....transistor dah KO(jenis zaman 70an...mana nak cari)...Ada orang tu kata nak bagi transistor x bagi2 lagi...so try la tukar yg mana dok ada....lepas tukar jer jadi Loud n Clear!!!

Tengok bentuk dia bulat...ner nak cari karang ni








Saturday, May 15, 2010

Apa dah Jadi Tempat Aku Dok Terbang Dulu!!!

Sedih lagi menyayat hati tengok tempat dok trainig terbang dah jadi hutan n tempat main bola. Pic ni dah lama mbik masa pi umah awek kat Perlis 2...kenduri kawin abang dia...yg dia x tahu lagi bila nak kawin...hehehe

Naper la goment x mo bangunkan tempat ni...bagi la peminat2 yg nak terbang sebagai hobi dengan buget ciput...habis 2 camner nak siang ngan negara maju...kat sana siap depa wat sendiri microlight ni ...Malaysia bila lagi!!!!!


Ni asrama bagi pelatih yang hendak bermalam dan juga untuk study ground school
(dah tinggal rangka...silap-silap jadi tempat penagih)

Runway dah jadi padang bola!!!!

Comman post dah jadi rumah hantu!!!

Taxiway dah jadi jalan masuk kampung kot...


Tinggal Kenangan jer....sedihnya...kat sini la aku kena mengadap kapten Roy dan sahkan log book

Hangar....tunggu nak runtuh jer...Mana pi la microlight dalam 2...silap-silap dah jual wat besi buruk pa...






Tak faham aku dengan signboard ni( dah berulat tengok)....betul ka x betul...dok tengok orang masuk selamba jer p kampung

Monday, May 10, 2010

10 Tahun Bawa Keta x pernah XCdent

Tetiba ja keta lain mai cium keta local aku....nasib x hancurrr.....2 la kot dok kondem sngt keta local ni....hehe(Kalau RedArrow sah ketaq habis ni....). Nasib la c driver ni wat settle... tidak terbang la dlm RM400

Saturday, May 1, 2010

10 Tahun Bersama Kereta Malaysia

Hahaa...Hampehhh...Kot-kot Proton ni ada startegi kot... lepas jer 10 thn...macam-macam ada...kira suruh beli kerta nasional baru la....Bagi aku say bye-bye lah keta local ni...biar depa fokus kat LOTUS kan...kan!!! Nak saing ngan keta import biar cara sihat la....ni duti import dok cam 2 lagi, dah bepa kali AFTA dahhh....

Dulu tengok kaum lain ramai gak pakai loocal ni.....karang ni....apa dah jadi!!! " X per...depa kaya boleh la beli keta import"....Betul ka depa kaya? Depa tengok KUALITI lahhh...

Tengok la sendiri, malas nak komen..... nak tolong keta nasional punya pasal!!!!

Part-part yg x tahan dah mula mengelupas...


Lemas mata tengok spoiler jadi macam ni, RnD camner!!! Last-last aku tukar spoiler dengan fiberglass(awat RnD depa x fikir)....kalau Honda ka..Toyota ka....surenya depa suruh tukar free...Proton?


Trip meter dah mampos... nak outstation susah la nak wat clim.... keta Honda lama lebih 20 thn masih ok lgi...


Banding tengok gambar, cari perbezaan!

Tengok sendiri, outer aircon ni pakai 5 thn dah exp....

Huhu....dah la bonnet absorber baru tukar (kalau x tukar kena tongkat dengan kayu kalau tidak...buka bonet ja terus nak tutup...APA NI????

Hujan jer....banjir dalam bonet...caya lah!!!Malaysia Boleh!!!

Taik Lalat Karat dah merebak!!!!!

Wednesday, March 3, 2010

Coaching Fx


Mantapkan trading lagi, kurangkan lost. Sarapan dengan Yen, mkn tengahari dengan Pound dan mkn mlm dgn Dollar. Apa pun nak travel solo jer....sapa nak ikut x leh. Minggu depan ke Genting hal tugasan lakkk.....

Nak tahu sapa masta 2, klik logo atas ni

Para trader dtg dari jauh....semangat!!!!


Ada bunga la.....ingat x der....semangat beb


Masta yang ajar paling bestttt

Thursday, February 25, 2010

RAHSIA SOLAT

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi. Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi. Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang. Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

p/s:
copy paste jer ni....lorrrr ada sapa tanya entah dah solat ka x....nanti kena popek-pokpek lah....lorrr upanya "RedArrow" ka hehehe

Tuesday, February 9, 2010

Protest over illegal food court

Haaa....Keluar gak dalam paper Star, tapi apa yang kena mengena dengan SIK tu lakkk...aduhhh.. x hbis politikus (buat la bab asing ni campur lak):

Monday February 8, 2010
Protest over illegal food court

GEORGE TOWN: About 80 flat dwellers in Jalan Aziz Ibrahim in Sungai Nibong held a peaceful demonstration against the Penang Municipal Council for allowing an illegal food court to operate near their homes.

Residents association committee member Muhammad Hamuzira Muhammad said yesterday they were unhappy over the lack of response from the council.

“The food court with 48 stalls is a nuisance. There is noise pollution, littering and traffic congestion.

“The developer claimed it did not allow for any food court although the site had been handed over to the council for management,” he said.

Muhammad Hamuzira added that the residents threatened to hold a bigger demonstration if the council did not resolve the matter in one week.

It is learnt the food court is being occupied by hawkers who had been operating near the Bayan Baru roundabout. That site was closed down last year.

State Traffic Management and Local Government committee chairman Chow Kon Yeow said he would direct the council to investigate the matter.

In Sik, Penang Umno chairman Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi suggested the formation of a commission to study the impact of a Pakatan Rakyat state government helmed by the DAP.

“The DAP is quick to hurl accusations at the Federal Government, calling for a commission and a White Paper.

“Now we are calling for a white paper or a royal commission to study its weaknesses,” he said at a press conference when asked to comment on the crisis between DAP and the PKR.

Ahmad Zahid, who is also Defence Minister, admitted that Barisan had made mistakes and paid a heavy price in the last general election.

Monday, February 8, 2010

Demo Kat Flat Aku....hehee

Wahhaaa...nampak gak antena 2m aku...

Parking org utk p makan...asap depa kita makan lakkk...


Malam jerrr....meriah sakan, kita kena tutup tingkap lakk

Kertas demo


Demo pada ahad 07/02/2010, ni sebab ketidak puas hati penduduk flat yang berdepan dengan masalah bau masakan BABI, parking keta susah dan buat sesak jalan. Ni semua selepas restoran CINA depan ni dah ubah ke astaka harami (x der permit mpp), so faham jer lah astak! bukan restoran. Sapa yang dok flat ni tahu laaaa.



Bantah....jangan x bantah

Cayalahhh penduduk!!!!!!



Dulu restoran...leh consider...la astak, sapa leh tahan



Aduhuuhhh....P1 wimax macam hampehhh!!!! Dcdcdc....sapa yang rasa nak pakai jangan la...SAMBUNG POTONG!!!!!!!

Saturday, January 30, 2010

Bulan Perigee lagi, Marikh pun nak ikut sekali!


Main copy paste jer...baca jer la info (nak mendalam klik atas)...bz sngt ni...smpi 10m pun x sempat nak QSO



Jumaat ini, sedar atau tidak, merupakan fenomena Bulan Perigee sekali lagi. Bulan perigee bermaksud ia pada jarak yang paling hampir dengan Bumir di dalam orbit sebulannya.

Oleh itu, jangan rasa pelik jika Bulan Purnama yang kelihatan esok nampak macam besar sikit, kerana ia memang pun agak besar, iaitu 14% lebih besar dan 30% lebih terang!
Bonus bagi kita semua, Marikh akan berada hampir dengan Bulan, dan kebetulan juga ia berada di posisi Istqibalnya untuk tahun 2010.
Amat menarik kerana ia boleh dikatakan sebagai fenomena 2 dalam 1, di dalam satu malam/tarikh yang sama.
Di balaicerap Universiti Malaya, dijadualkan sebuah cerapan umum akan dianjurkan pada malam esok, Jumaat 29 Jan 2010. Semua dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan aktiviti malam itu.
InsyaAllah saya akan cuba hadir jika dapat selesai beberapa kerja. Jika ada, saya akan buat demo eksplorasi permukaan Bulan menerusi Mallincam bersama-sama dengan peta gergasi Bulan. Jangan setakat pandang saja, jom kenali bulan dengan lebih intim!
Dan Marikh akan cuba dicerap menerusi teleskop refractor Equinox 80mm. Kita akan cuba bandingkan perbezaan imej yang dihasilkan menerusi SCT dan Refractor.

Jom Teropong!

Tuesday, December 22, 2009

Apa dah Jadiii....

Hemmmm....tengok la artikel bawah ni (komen nanti org marah pulak.....):


P/S: Nak kena check radio aku ni ada SIRIM x.... mamposss la akuu....