Wednesday, March 25, 2009

Terlalu Bz Dng Tugasan !!!!!

Agak lama x update blog aku ni...huhuhu....nak wat camner tersangat bz sangat dengan tugasan yg diamanahkan ni .... sebabnya nak wat perubahan struktur modul dan WIM (Writing Information Module) sapa tahu, tahu la camner nak pecah kepala memikir....hehe. Bukan pe selama ni pakai modul yang telah lapuk dan tak pernah update ni so camner nak bersaing dengan 'lain' (harap faham la kot)....tapi rasa-rasa cam x caya lah....hehe. Apapun yang pastinya kena cuba jugak la.
Ni yang baru siap...yang x siap berlambak lagi...aduhhh!!!

Macam ni punya gaya nak hafal morse pun terbantut lahhh....hehe. Nak perah otak cari makan ke nak perah untuk morse....ner lebih penting??? Apa pun x tahu lah bila leh try mbik exam morse ni...Agak nak free dan dah boleh ingat -ingat lupa morse ja dtg la kerja yang pakai otak ni....aduhhhh!!!!
Dah la skrang ni nak minta tolong staf lain yang 'masukkk senang' agak susah.... mai kerja pagi-pagi buka web... ym ...xxx. Tak tahu apa nak jadi, sepatutnya p tengok 'budak-budak' atau p tengok stor yang dah berhabuk (siap ada sarang tikus lagi tau). Sekarang dunia 'kabel' nak wat camner beb.....Cakap salah x cakap pun salah serba x kena ja.... Silap-silap kena posting p Malaysia Timur...haha


Saja wat bagi blur sikit....heheh...

Friday, January 23, 2009

World Radio Online

Macam majalah QST dan CQ jugak, tapi dalam bentuk online format PDF. Walaupun artikel dia agak kurang berbanding majalah QST dan CQ, kira agak berbaloi lah sebab setakat ni majalah World Radio Online tu free ja. Klik pada gambar bawah untuk link terus ke web.

Thursday, January 8, 2009

Nak Jadi DJ kerr Nak Jadi Ham Radio

Pada 07/01/09, 17:26 utc (1:26 am local). Apa dah jadi dengan band 2m kat area ni, jangan ingat orang tak monitor pada awal-awal pagi. Itu tak kira lagi yang dok picit-picit repeater (trigger) tapi tak cakap!!! Mengapa sekarang terjadi begini berbanding zaman era 90an atau awal 2000? Saya tak nak komen banyak nanti ada orang marah pulak. So fikir-fikirkan lah....masing-masing dah ada tanggunjawab sebagai seorang ham ataupun bakal ham di MALAYSIA!!!

Monday, December 22, 2008

Ham Info Bar

Sama macam info bar yahoo atau google tapi lebih kepada keutamaan bagi ham radio serta SWL. Untuk keterangan lanjut boleh layari web: http://www.haminfobar.co.uk/

Sunday, December 21, 2008

Majalah 3 -Ham Radio

Bagi rakan-rakan yang tidak sempat mengikuti Majalah 3 pada 20.Dis. 08, untuk penerangan ringkas berkenaan ham radio di Malaysia dan sedikit info ARRD 08.

Tuesday, November 18, 2008

Dx'er Never End

Jom pakat ramai-ramai geng ham join web DX malaysia ni....rasanya yang pertama kot(klik kat gambar). Web ni baru dibuka rasanya oleh Pak Din kita 9W2DI (rakan lama ni......dulu kerap ber QSO dengan dia gak di 2m). Sekarang kat 10m lak..... x tahu lah bila boleh ber QSO di lower band lah....apa pun morse dulu!!!! Fening-fening menghafal morse x boleh-boleh lagi (otak lembab sikit nak wat camner!!!!), dah lah sibuk dengan tugasan....

Saturday, November 15, 2008

Fasa Bulan

Aku ni kerap gak dok tengok bulan ngan teropong....ner tahu ada ufo ker allien ker....hehe. Memang minat aku sains angkasa nak wat camner. Dari kapal terbang hingga lah ke Black Hole. Cuba-cuba searching tetiba dapat lah web interaktif ni. Klik kat gambar untuk ke laman web tersebut.
Baru tahu camner fasa-fasa bulan dan mengapa bentuk permukaan bulan dok macam tu jerr, x ubah dari mula muncul sampai tenggelam.

Tuesday, November 11, 2008

Majalah CQ Pulak dahhh....


Sejarah majalah ni di Malaysia sama gak dengan nasib QST.......lepas rindu lagi, sekian lama CQ menghilang. Sampai pagi tadi. Tapi nasib majalah 73 Amateur Radio Today dah dikafankan....sedihnyerrrr, 73 sungguh lahh. Kalau ada memang nak beli wat koleksi...tapi apa leh wat....huhhuuu. Ni sejarah dia: http://www.arrl.org/news/stories/2003/10/10/6/?nc=1

Maiii Jauh niiii....

Muka Depan

Rig Antik Tu ......Wat Koleksi

Muka Belakang...Bila ler leh beli ni!!!!

Thursday, November 6, 2008

Majalah QST Telah Sampai!!!!

Sampai di QTH pada 04 Nov. 2008


Tukar ke RM berapa yer...hehe
Setelah sekian lama tidak menatap QST ni, akhirnya terubat juga. Ingat lagi pada tahun 1997~2000 majalah QST ni dapat dibeli di Malaysia (Popular Book Store Komtar). Selepas tahun 2000 rasanya dah x kelihatan majalah ini. Hentah mengapa....mungkin kot sebab x ramai orang yang beli, maklumlah x ramai warga ham pada masa itu. Pada sesiapa yang nak pinjam.....rasanya aku x bagilah yang ori ni (dah terkena beb....pinjam terus jadi harta pusaka dia - sorry panas sikit!!!) nak jugak....biar aku yang photostat. Kalau nak yang ori sila beli di http://www.arrl.org/

QST Nov.2008



Yang paling best dapat membership card
P/S: Hmmm...bila lahhh club-club kat Malaysia boleh keluarkan majalah bulanan camni......

Sunday, October 26, 2008

Radio FM ke Airband


Radio FM/AM Pasar Malam
Bulan puasa lepas aku saja cuba-cuba tukar band FM ke Airband ... tututuu menjadi gak ... rasa seronok x kira lah walaupun audio sedikit distortion berbanding dengan radio FM lama tanpa IC (bunyi audio cukup clear...59).Tapi saiz agak besar, beza ngan radio dari pasar malam ni (tak sampai RM 10...kira berbaloi lah).

Bahagian RF dan Oscillator yang telah di robek-robek

L- Kalau dekat dengan airport atau aircraft untuk kurangkan distortion
H- Jauh dari airport kira DX lah juga tuu
Cap bahagian L dan H

Tukar nilai C dan L

Radio lama yang kat opis nak buang....aku tukar ke Airband

Radio ni guna transistor...tapi audio mantap

Kalau x der kerja sangat aku 'on' jer radio ni hilang boring cikit