Tuesday, May 6, 2008

Boleh Ker???

Apa yang boleh... bukan apa just nak muntahkan perasaan atau mungkin gak aku yang salah (nak kena tanya otai-otai radio gak ni). Selama ni dalam kekeliruan gak lah berkenaan dengan SWL. Sekarang dah tukar ke SWAL. Yang menjadi tanya tanya ialah:

1. Adakah sebagai SWAL boleh memancar (transmit) radio?
Masa dulu sebelum RAE pass, radio dah ada pun takut nak memancar dalam amateur band sangup jadi lanun luar dari amateur band sebab nak transmit gak. Sekarang ni lain lak cerita sampai sendiri nak QSO pun naik takut dijawab oleh SWAL ni. Senang-senang pakai callsign yang x iktiraf oleh MCMC (callsing haram lerr) dah tu sebut sufix jer. Silap-silap MCMC dok monitor terus lesen kena tarik n bayar denda....x sangup aku....biar monitor jer lahh kat band VHF dan QSO kat 10m lagi best sebab x der sangat suara-suara SWAL ni....tapi x tahulah tahun-tahun ke depan ni. Nasib malang sunguh band amateur ni.... Jadi malu bila eyeball dengan bangsa lain bertanyakan hal ini....Apa nak jawab?

2. Kelab-kelab radio membenarkan SWAL boleh QSO?
Ada ker mana-mana kelab radio membenarkan SWAL memancar....Setahu saya x derlah. Tapi tak tahulah ada kelab yang meluluskan dimana telah membuat permohonan MCMC.

3. Tak takut ker SWAL ni?
Pandai makan pandai simpan... jangan sampai ham lain mengadu hal kat MCMC dah lah.

4. Boleh ker yang berlesen melalut lebih-lebih sampai perkara yang x enak didengar?
Rasanya apa pun atas sikap seorang ham tersebut... kerap gak dalam simplex ni... last-last skip jer frekuensi ni dan monitor V... .... lain...habis citer. Rasa x sedap didengar sebab terlalu lama melalut x tentu hala sampai dalam kain...kalau x lama x per la jugak (tahan telinga).


Kesimpulan:

  • Selamatkan band ham sebelum terlambat.

  • Harap kelab radio atau yang lebih otai perjelaskan apa itu SWAL dengan terperinci kepada bakal ham radio.

  • Jaga adab tatasusila semasa QSO. Tunggu sampai lulus RAE cakaplah!!!


Sebarang komen dialu-alukan samada yang negatif atau pun positif untuk sama-sama kita fikirkan. Yang baik diambil yang buruk kita buangkan.

2 comments:

Zamri bin Ahmad said...

SWAL correction Short Wave Amateur Listener

Awan Pawaka said...

Rogerrr...TNX